Menurutnya, pengor­banan dan kesetiaan sebagai isteri kepada seorang pelakon sepanjang 39 tahun bersama terlalu besar buatnya.

“Saya sering dikaitkan dengan wanita-wa­nita yang bekerja di­ samping saya tetapi di­a memahami dan lang­sung tidak buruk sangka.

“Arwah adalah sebahagian daripada saya dan walaupun dia sudah pergi, perasaan itu masih sama seperti dia ada bersama saya,” jelasnya.

Hashimah meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Allahyarham mula mengadu sakit jantung ketika Jalaluddin sedang melakukan alih suara untuk filem Kabali di Chennai, India pada Julai lalu.

Sebelum menjalani pembedahan, Allahyarham sempat mela­kukan solat tahajud dan solat taubat dan ketika itu, Jalaluddin sempat memeluknya.

Pelukan terakhir semasa ha­yat­nya itu menurut Jalaluddin adalah penguat semangat buat isterinya sama seperti yang dilakukan Allahyarham sepanjang hidupnya.

“Orang cakap macam-macam menge­nai saya. Saya suka bergurau dengan wanita dan sebagai­nya. Hakikatnya hati saya tetap pada dia.

“Dia tahu saya ada keluar bersama rakan di lokasi tetapi tidak pernah buruk sangka dan itu yang mengajar saya untuk terus setia bersamanya,” kata beliau.

Kemesraan bersama isteri, menurut Jalaluddin, sudah pasti menjadi kenangan paling indah buatnya.

“Saya pasti rindukan masakan dan tangan dia yang akan me­nyuap saya makan. Selepas ini tiada lagi semua itu,” katanya dalam nada hiba.

Sementara itu, anak ketiga Allahyarham, Nurul Khairunisa, 32, memberitahu, wajah ibunya yang nampak tenang dan seolah-olah tersenyum ketika dimandikan, memberi sedikit kelegaan kepada mereka adik-beradik.

“Memang sedih kehilangan mama, tetapi doktor dah beritahu sebelum pembedahan risiko yang akan berlaku. Jadi kami semua sudah sedia.

“Ditambah pula dengan ketenangan ibu, itu yang buat kami kuat walaupun ada yang masih dalam keadaan terkejut,” kata­nya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, hari ini.

Menurut Nurul Khairunisa, ibunya sangat rapat dengan anak-anak dan menjadi tempat mereka mengadu masalah.

“Adik-beradik kami seorang sahaja lelaki, yang lain semua perempuan. Itu antara faktor kami banyak habiskan masa bersama mama,” katanya.

Jenazah dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini.

Hasil perkongsian hidup de­ngan Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan orang anak dan 14 orang cucu.