Menerusi satu video yang tular dalam media sosial, Azman dilihat diraikan seumpama wira dipercayai oleh kakitangan Kha­zanah.

Tepukan gemuruh dan kata-kata semangat mengiri perjalanan beliau ketika meninggalkan pejabat.

Kelihatan juga ada yang me­ngalirkan air mata ketika memeluknya sebelum mengundurkan diri daripada jawatan yang disandang sejak Jun 2004 lagi.

Azman serta lapan lagi ahli lembaga pengarah Khazanah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan peletakan jawatan pada 26 Julai lalu.

Berikutan peletakan jawatan itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan lima ahli lembaga pengarah baharu yang melantiknya sendiri sebagai Pengerusi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, Dr. Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin.

Jawatan Pengarah Urusan yang bakal menggantikan Azman akan diumumkan tidak lama lagi.