Ketua Pesuruhajaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pada masa kini pihaknya sedang menunggu tarikh yang sesuai daripada pentadbiran kerajaan negeri itu untuk melaksanakan IBR.

Beliau berkata, kesemua negeri telah menandatangani dan melafazkan ikrar itu kecuali Selangor.

“Yang tinggal hanya Selangor, saya berharap Kerajaan negeri Selangor memandang perkara ini dengan serius dan turut serta melaksanakan IBR.

“Kita telah menghubungi kerajaan negeri Selangor, sekarang hanya menunggu tarikh daripada mereka.

“Saya nak sangat kerajaan negeri Selangor melaksanakan IBR dalam kadar segera, kalau boleh dalam tahun ini juga selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Lafaz dan Mendatangani Ikrar Bebas Rasuah Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Megeri di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau menyaksikan barisan kepemimpinan Kerajaan Pas Kelantan yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob melafazkan serta menandatangani IBR. - UTUSAN ONLINE