Video Oleh MUHAMMAD AZIM ZAID

Pengumuman itu dibuat pukul 12 tengah hari tadi oleh pihak polis bantuan yang menjaga keselamatan dan lalu lintas sepanjang jualan itu.

Menurut pengumuman itu, orang ramai berpusu-pusu ke jualan gudang berkenaan yang menawarkan harga murah, menyebabkan kesesakan lalu lintas dari semua arah menuju ke pusat membeli-belah berkenaan sehingga pihak polis terpaksa membuat keputusan sedemikian.

Apple telah mengadakan promosi jualan gudang tiga hari bermula hari ini dengan menawarkan harga jauh lebih rendah daripada pasaran antaranya Iphone 5s dan Ipad Mini 2 berharga RM200 setiap satu.

Lebih 3,000 pengunjung mula membanjiri ke kedai tersebut sejak awal pagi tadi.

Sementara itu, pihak pengurusan premis berkenaan gagal dihubungi bagi memberi sebarang komen susulan tindakan pihak polis mengarahkan jualan gudang itu dibatalkan