Video oleh LOKMAN HAKIEM ABD. SAMAD

Beliau turut mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Anugerah Sastera Antarabangsa sebagai usaha mengangkat karya sastera tempatan ke peringkat antarabangsa.

Dalam majlis itu, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bagi kategori A untuk novel dimenangi oleh Hafizah Iszahanid dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Jasni Matlani (cerpen), Zaen Kasturi (puisi) dan Marzuki Ali bagi drama. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000.