Ops Ikrar yang disertai oleh 26 anggota itu berjaya menahan 27 PATI melibatkan pelbagai warganegara termasuk Myanmar yang bekerja di sebuah kilang memproses makanan sejuk beku.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Perak, Suhairie Bah Ali berkata, antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada dokumen perjalanan sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) selain melanggar syarat pas lawatan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata, turut ditahan ialah seorang rakyat tempatan yang merupakan majikan PATI berkenaan di bawah Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana melindungi warga asing yang melakukan kesalahan. - UTUSAN ONLINE

Video oleh SYEFRI MONIZ