Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] FrogPlay diperluas ke seluruh negeri Johor

BASRI EFENDI MASRI (kanan) dan Mohd. Fadzli Ishak melayari laman FrogAsia bagi mendapatkan maklumat
BASRI EFENDI MASRI (kanan) dan Mohd. Fadzli Ishak melayari laman FrogAsia bagi mendapatkan maklumat kaedah pembelajaran terkini di Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 di Johor Bahru, semalam. – utusan/ISHAK RAHMAD

JOHOR BAHRU 16 Mei – Aplikasi ulangkaji dalam Frog VLE, FrogPlay yang dibangunkan oleh YTL Communications Sdn. Bhd., akan diperluaskan ke seluruh negeri ini dalam usaha meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.

Menurut guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Indah, Mohd. Fadzli Ishak, dalam usaha memperluaskan sistem pembe­lajaran secara interaktif dalam kalangan pelajar, guru-guru terlebih dahulu perlu menjalani latihan bagi menguasai penggunaan pembelajaran maya menerusi program Guru Advokasi.

Beliau berkata, menerusi program tersebut, para pendidik akan diajar mengenai kemahiran penggunaan teknologi dalam pendidikan dengan lebih berkesan sebelum diterapkan dalam kalangan pelajar.

‘‘Dalam program tersebut, para pendidik akan mengikuti modul yang sudah disediakan berdasarkan kesesuaian pembelajaran di sekolah masing-masing.

‘‘Dengan menggunakan FrogPlay, guru-guru dapat menarik minat pelajar dengan kuiz interaktif berdasarkan kurikulum terkini dan pantau prestasi mereka serta-merta. Pelajar juga dapat melakukan pembelajaran kendiri berasaskan permainan menerusi aplikasi ulang kaji yang disediakan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sejak Frog VLE atau ‘Frog Virtual Learning Environment’ diper­kenalkan, Johor berjaya melatih seramai 64 orang guru advokasi.

Guru advokasi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa Jaya, Basri Efendi Masri berkata, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 145 sekolah di negeri ini sudah diberikan latihan mengenai penggunaan teknologi dalam pendidikan tersebut.

Katanya, pada bulan lalu, mereka sudah menjalani latihan di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru mengenai keupayaan pembelajaran dalam talian tersebut dan impaknya kepada pelajar.

‘‘Usaha yang dilakukan guru advokasi ini adalah secara sukarela dengan sasaran mahukan seluruh sekolah di negeri ini mendapat manfaat daripada penggunaan pembelajaran maya ini,’’ katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain