Menurut Saudi Gazette Report, Jabatan Meteorologi dan Perlin­dungan Alam Sekitar Arab Saudi mengeluarkan amaran dan menghentikan aktiviti persekolahan buat sementara waktu di Madinah.

Selain Madinah, beberapa kawasan lain turut terjejas selepas mengalami situasi tersebut se­perti di Mekah, wilayah Dawadmi dan Al-Baha.

Sementara itu, kawasan Al-Jouf, Sakaka, Domat Al-Jandal, Zallum, Sawyer, Al-Adharea, Khu’aaa dan Adhfaa pula mene­rima hujan lebat bermula Jumaat sehingga pagi semalam.

Kawasan-kawasan lain seperti pinggiran Dammar, Al-Khobar, Qatif, Ras Tanura, Jubail, Kafji dan Hafr Al-Batin pula hanya mengalami hujan renyai.

Kawasan Jeddah dan Riyadh hanya mengalami cuaca mendung pada hari Sabtu namun jurucakap Kementerian Pertahanan Awam Riyadh, Arab Saudi, Muhammad Al-Hammadi mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan keselamatan dan garis panduan yang ditetapkan sekiranya berlaku hujan lebat.