Ada yang menangis mengadu nasib walaupun tahu bahasa yang dituturkan tidak diketahui para sukarelawan bantuan sementara ada juga cuba menyampaikan penderitaan mereka melalui luahan emosi.

Namun, kanak-kanak etnik Rohingya masih mampu tersenyum menyambut ketibaan sukarelawan walaupun keadaan hidup terlalu mendesak.

Sementara itu keadaan di kem pelarian etnik Rohingya di Teknaf yang menempatkan lebih 70,000 pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar adalah seperti sebuah perkampungan tanpa kemudahan asas yang sempurna.

Di sini ada juga pelarian yang melakukan aktiviti perniagaan, pertanian dan lain-lain bagi meneruskan kesinambungan hidup jauh dari kampung halaman sendiri di Myanmar.

Jumlah pelarian di sini dijangka meningkat dari semasa ke semasa memandangkan konflik di Myanmar masih lagi belum berakhir. - UTUSAN ONLINE


Video oleh SAFINA RAMLI