Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik di Dewan Sultan Iskandar Sekolah Maktab Sultan Abu Bakar (EC), di sini hari ini.

Enam pelajar tersebut ialah Alberto Lambardo dan Carlo Tota dari Itali, Harnoor Mann Singh dan Sejal Kray Mayer Patel dari Amerika Syarikat serta Emma Freuer dan Lorena Gauss dari Jerman.

AFS Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1958 merupakan sebahagian daripada rangkaian antarabangsa dengan keanggotaan lebih 60 negara.

Sejak penubuhannya, AFS Malaysia telah menghantar hampir 4,000 pelajar tempatan ke luar negara, manakala jumlah pelajar luar negara yang mengikuti program AFS Malaysia pula mencecah 3,000 orang. -UTUSAN ONLINE