Apa yang pasti pusat beli-belah dan premis perniagaan akan mengadakan pelbagai tawaran bagi menarik ibu bapa berbelanja di premis masing-masing.

Tinjauan Utusan Online mendapati beberapa tempat menjadi tumpuan ibu bapa membeli peralatan sekolah atas pelbagai alasan.

AISHAH
AISHAH SALLEH

Bagi Aishah Salleh, ibu kepada tiga orang anak dia memilih Pusat Pakaian Hari-Hari saban tahun kerana pilihan kain yang ditawarkan seperti kain kapas, separa kain kapas dan licin.

“Berdasarkan pengalaman, kualiti kain yang ditawarkan memang sangat baik, contohnya baju tahun ini masih boleh pakai untuk tahun depan.

“Selain harga yang berpatutan, barang-barang lain juga ada dijual seperti kasut, beg sekolah dan seluar sukan,” katanya.

HOT SPOT
NORIZATUN AZMIN MOHD NORDIN

Sementara itu, Norizaton Azmin Mohd Nordin memilih AEON Mall untuk mencari kelengkapan persekolahan kerana persekitaran yang selesa.

“Pilihan pun banyak, sebut saja jenama, semua ada. Bukan sahaja baju, kasut, alat tulis dan sebagainya, pendek kata dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya yang menetap di Shah Alam.

A
UMEE BALQES

Mengulas lanjut tentang lokasi, Umee Balqes memilih Mydin Mall pusat sehenti kelengkapan kerana harga yang ditawarkan berpatutan dan murah berbanding tempat lain.

“Bukan baju sekolah saja yang murah, kasut, beg sekolah pun boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

“Anak cepat membesar, rasanya ibu bapa perlu bijak untuk mendapatkan barang yang sama tetapi harga yang rendah,” katanya.

Namun bagi ibu bapa yang ingin membeli barang keperluan persekolahan anak-anak mereka di saat akhir, pastinya ibu bapa tercari-cari kedai yang menawarkan kesemua peralatan tersebut di bawah satu bumbung.

Ini kerana selain memudahkan pembelian, ia juga secara tidak langsung memudahkan ibu bapa membeli kesemua kelengkapan persekolahan pada

satu masa.

Utusan Online berkongsi enam lokasi tumpuan untuk ibu bapa mencari kelengkapan di saat-saat akhir.

1. MYDIN MALL, SUBANG JAYA

6 hot spot
Mydin Mall

Promosi ‘Kembali ke Sekolah’ yang berlangsung pada 7 Disember lalu hingga 1 Januari ini menawarkan pelbagai kelengkapan sekolah seperti uniform, beg sekolah, alat tulis, stoking, dan sebagainya. Dalam erti kata lain Mydin Mall menyediakan kelengkapan dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan sahaja lengkap, tetapi harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan murah. Seperti baju uniform sekolah, terdapat tiga pilihan jenama dengan harga yang berbeza iaitu jenama Disiplin, Sweet Aiman Junior dan Canggih. Harga pula serendah RM13.90 untuk sehelai baju. Jadi kalau datang membeli-belah di sini, memang tidak perlu untuk ke kedai lain. Waktu operasi pula dari pukul 8 pagi hingga 11 malam setiap hari.

2. Pasar Raya Besar Giant

Pasaraya Besar Giant
Pasaraya Besar Giant

Promosi Giant ‘Bajet Cun Balik Sekolah Lagi Cun’ pasti memudahkan anda dan anak-anak memilih pelbagai jenis kelengkapan sekolah seperti yang disenaraikan di atas. Jadi jangan lupa ke Giant bermula 16 November sehingga 9 Januari ini. Bukan itu sahaja, Pasar Raya Giant sedang mengadakan Peraduan Cuti Sekolah Cun!.

Dengan berbelanja minimum RM60 di dalam satu resit di mana-mana Pasar Raya Giant, anda boleh menyertai peraduan ini. Pemenang akan menerima hadiah baucar percutian bernilai RM500. Pemilihan pemenang dipilih menerusi kaedah cabutan bertuah.

Jangan lepaskan peluang hebat, waktu operasi pula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

3. Bintang Fashion

Bintang Fashion
Bintang Fashion

Jualan kembali ke sekolah menyediakan pakaian dan barangan sekolah berkualiti, jimat dan cantik hanya di Bintang Fashion yang bermula dari 8 Disember sehingga 1 Januari depan. Antaranya, baju uniform sekolah rendah dan menengah, baju pengawas lelaki dan perempuan, kasut sekolah warna putih dan hitam, beg sekolah, stoking, kapur kasut dan bekas pensil. Untuk uniform sekolah hanya satu jenama sahaja di bawah label Bintang Fashion. Harga pula serendah RM17. Waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga ke 7 malam. Barangan di Bintang Fashion sesuai dengan slogannya Kualiti, Jimat, dan Cantik.

4. Pusat Pakaian Hari-Hari

Pusat Pakaian Hari-Hari
Pusat Pakaian Hari-Hari

Pusat Pakaian Hari-Hari juga tidak ketinggalan menggadakan promosi istimewa kembali ke sekolah. Terdapat dua jenis pilihan jenama untuk uniform sekolah iaitu jenama Jony & Jeny dan No Problem. Harga pula memang berpatutan dan pastinya pelanggan berpuas hati. Selain itu, Pusat Pakaian Hari-Hari juga menyediakan kelengkapan lain seperti kasut sekolah, tudung, kapur kasut, beg dan lain-lain.

Pelanggan berpeluang mendapatkan botol air dan kalendar percuma semasa membeli kelengkapan sekolah di Hari-Hari!!. Ingat sekolah, ingat Hari-Hari.

5. AEON Mall

AEON Mall
AEON Mall

Promosi ‘AEON Back to School’. Jualan Kembali Ke Sekolah kini bermula sehingga 3 Januari 2018. Kunjungi AEON Store untuk membeli pelbagai barangan keperluan sekolah. Pelbagai jenama uniform sekolah dijual seperti Superb Kids, Canggih, Alpha Kids, Kiko, Outpost, Binbi, School Classic, dan U Cemerlang.

6. Kaunselor

Kaunselor
Kaunselor

Kaunselor, jenama pakaian sekolah milik syarikat Bumiputera. Sebut saja pakaian sekolah, termasuklah uniform kokurikulum dan lencana.

Tidak kira warna putih atau biru, coklat atau ungu, semuanya ada. Untuk pelajar yang bersaiz terlalu kecil mahupun terlalu besar, usah

gusar di Kaunselor baju disediakan sehingga bersaiz 3XXXL ataupun boleh menempah sendiri bersesuaian dengan keselesaan anak-anak.

Tidak hairan jika dikatakan Kaunselor pakar membuat baju sekolah dan menjadi tumpuan ibu bapa mendapatkan kelengkapan sekolah untuk anak-

anak. Jenis material yang digunakan juga adalah 100% kain kapas yang diimport khas dari kilang di China yang bekerjasama dengan Jepun bagi memastikan keselesaan pelanggan. - UTUSAN ONLINE