Ketua Perniagaan Asean Dow DuPont, Ritchy Chin berkata, pertumbuhan itu didorong oleh kesedaran dan keyakinan terutama dalam kalangan pihak industri minyak dan gas terhadap kualiti peralatan perlindungan diri (PPE) pada Nomex IIIA. 

Katanya, Nomex IIIA yang mula diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu lebih tahan lasak dan berkesan melindungi pengguna daripada kesan kebakaran berbanding produk FR Cotton yang dijual di pasaran. 

"Ketika ini syarikat menguasai lebih 50 peratus segmen pasaran produk PPE, Nomex IIIA dalam sektor gas dan minyak. 

"Selaras dengan sasaran pertumbuhan itu dan inisiatif untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pihak industri, maka syarikat juga giat melakukan demonstrasi kebakaran fabrik Nomex IIIA menerusi patung uji kaji dikenali sebagai ThermoMan yang pertama kali dibawa ke Malaysia, " katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita dalam sesi taklimat dan demonstrasi di Pusat Latihan Kebakaran, di sini semalam. 

Menurut Ritchy, menerusi demonstrasi kebakaran selama empat saat itu pelanggan boleh menyaksikan kesan kebakaran terhadap ThermoMan yang dipakaikan Nomex IIIA berbanding  fabrik bukan kalis api FR Cotton. 

Katanya, ThermoMan yang dipakaikan Nomex IIIA hanya mengalami kesan kebakaran sebanyak 27 peratus, berbanding ThermoMan yang dipakaikan FR Cotton mengalami kesan kebakaran 33 peratus.

"Dengan perbezaan itu juga dapat dilihat, Nomex IIIA berjaya melindungi ThermoMan daripada kesan kebakaran pada kulit, berbanding PPE FR Cotton yang menyebabkan kulit pemakainya terbakar dan melecur akibat kesan kebakaran," katanya.

Ritcy berkata, selepas Malaysia, demonstrasi kebakaran menggunakan ThermoMan dijangka diperluaskan ke China. - UTUSAN ONLINE