Menurut Dr. Vida, perasaannya bercampur gembira dan bersyukur kerana hasratnya itu dimakbulkan oleh Allah ketika beliau meraikan ulang tahun kelahiran ke-46 pada dua hari lalu.

“Syukur pada Allah kerana akhirnya hasrat untuk membawa anak-anak tahfiz dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dimakbulkan Allah. Saya mahu anak-anak ini merasai pengalaman beribadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“Saya percaya kegembiraan yang kita berikan pada mereka akan Allah gantikan dengan hikmah dan ganjaran yang lebih besar pada masa depan,” kata Dr. Vida kepada Utusan Online.

Beliau berkata demikian selepas mengucapkan selamat jalan pada 18 anak-anak tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlepas ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tengah hari tadi. - UTUSAN ONLINE