Beliau yang meluangkan masa lebih 20 minit melawat di tempat kejadian berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan daripada orang ramai serta para peminatnya di seluruh negara.

Malah beliau turut menawarkan kediamannya di Ipoh, Perak sebagai lokasi sementara bagi membolehkan 18 orang pelajar dapat meneruskan pengajian mereka.

“Sempena Awal Muharram ini saya mahu jadikan mereka sebagai anak angkat dan meneruskan pengajian selama sebulan bagi menghilangkan trauma mereka ekoran kejadian ini.

“Hanya mereka yang pernah terlibat dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Vida, pihaknya juga bersedia untuk menghulurkan bantuan yang mana jumlahnya akan dimaklumkan selepas pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengadakan mesyuarat nanti. - UTUSAN ONLINE