Video oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin

Namun sejak tahun 2000, beliau telah disahkan menghidap penyakit bell’s palsy yang menyebabkan sebahagian sistem sarafnya terganggu.

Ekoran masalah itu, dia disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) dan mendapat bantuan dari Kebajikan Masyarakat untuk menampung kehidupan bulanan.

Penyanyi yang pernah bernaung dibawah syarikat rakaman antarabangsa EMI itu kini tinggal dalam keadaan menyedihkan, lantaran hilang upaya untuk bergerak secara normal ekoran masalah sarafnya.

Bagaimanapun peluang yang diberikan oleh Yayasan Perdana Ummah untuk menyertaikan Umrah Penggiat Seni tidak mahu sama sekali dilepaskan walaupun dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat dan berkerusi roda.

“Saya tak risau walaupun kurang sihat. Ini tawaran keemasan, kalau saya tolak saya tak tahu bila lagi ‘rezeki’akan datang,” katanya yang tinggal sebilik dengan penulis sepanjang di Tanah Suci dalam program bermula 26 Januari sehingga 6 Februari ini.

Di hadapan penulis, sepanjang di Mekah dan Madinah beberapa kali Aida terjatuh di hadapan orang ramai, lantaran kurang daya tahan.

Keadannya untuk bergerak sungguh menyediahkan sekali, tetapi ketabahan dan kekuatan dirinya yang tidak kenal erti ‘kalah’ menimbulkan keinsafan besar kepada kami yang sihat tubuh badan ini.

Yang paling mengesankan apabila beliau terjatuh selepas berdoa di Hijir Ismail, lokasi di mana tempat yang mustajab berdoa di Baitullah.

“Biarpun terjatuh berkali-kali, saya tetap puas hati sebab impian untuk buat umrah sudah tercapai.

“Saya juga gagahkan diri untuk buat tawaf seperti orang sihat yang lain, dan dengan bantuan kawan-kawan yang turut memimpin, saya berjaya tawaf Kaabah seperti orang lain. Alhamdulillah,” katanya.

Seorang OKU seperti Aida Agil masih memberi ruang untuk kita sebagai manusia yang sihat dan normal mengenal diri.

Yang lebih mengharukan, beliau turut berjaya melakukan Umrah atas niat untuk dua ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia iaitu bapanya Agil bin Ali dan adik, Mohd Khalid Agil.

Aida turut berdoa agar dia beroleh kesembuhan dan kembali hidup normal. - UTUSAN ONLINE