Abdul Rahman Daud, 65, berkata, kelima-lima cucunya yang berusia antara 11 hingga lima tahun itu akan tinggal bersamanya di Kampung Buluh, Gual Ipoh di sini.

Katanya, kanak-kanak tersebut juga akan dipindahkan ke sekolah berhampiran dengan kediamannya selepas mereka pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

"Saya akan mengambil tanggungjawab menjaga mereka dan dibantu oleh anak-anak saya yang lain," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi semalam, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling, Asisten Superintenden Mohd. Noor Mat Yaub,38, dan isterinya, Suriya Abdul Rahman,37, terkorban dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Teduri, Baling- Kupang, Kedah.

Nahas tersebut turut mengakibatkan empat anak pasangan terbabit cedera iaitu Irdina Aliah, 11; Insyirah Aliah, 10; Muhamad Adib Mustakim, 8, manakala seorang lagi Imanina Aliah, 6, berada dalam keadaan kritikal. - UTUSAN ONLINE



Video oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB