ISMAIL SABRI YAAKOB

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,000 usahawan dapat diwujudkan khususnya di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Menurut beliau, pro­gram tersebut bagi membantu golongan be­lia lepasan Giat Mara yang mempunyai kemahiran dalam menja­lankan perniagaan melalui per­khidmatan tanpa memerlukan modal yang besar.

“Program ini dimulakan sejak tahun 2016 lagi apabila kerajaan melancarkan program tranformasi luar bandar telah berjaya melahirkan sebanyak 500 Mobi­[email protected]

“Melihat kepada kejayaan itu, inisiatif diwujudkan Perda­na Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperuntukan sebanyak RM30 juta dalam Bajet 2017 dan berjaya melahirkan sebanyak 3,000 [email protected] di seluruh negara,” katanya ketika berucap dalam majlis Penyerahan [email protected] peringkat Negeri Sa­bah di sini hari ini.


Video Oleh FUZI SUHAIMI

Terdahulu majlis ter­sebut disempurna­kan Ketua Menteri Sa­bah, Tan Sri Musa Aman.

Yang turut hadir Tim­balan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.

Sementara itu, Mu­sa berkata, sebanyak 291 [email protected] dari negeri ini akan menerima manfaat 155 buah motosikal daripada Giat Mara manakala 136 adalah daripada Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC).

“Untuk hari ini, seramai 136 penerima akan menerima manfaat ini untuk kegunaan perniagaan masing-masing dan ba­ki­nya akan diserahkan dalam masa terdekat,” jelasnya.