Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Dakwaan HSK makin menghilang tidak benar

WAN JUNAIDI HSK
MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menanam pokok ketika merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat kebangsaan di Hutan Simpan Kuala Kemaman, Bakau Tinggi. Turut kelihatan Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek.-UTUSAN

KEMAMAN 7 Sept. - Dakwaan bahawa Hutan Simpan Kekal (HSK) di negara ini semakin menghilang adalah tidak benar kerana keluasannya menunjukkan trend peningkatan sejak 2010.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hampir seluruh negeri, kecuali satu, mencatatkan perkembangan positif namun dengan peratusan yang berbeza.


“Tidak benar hutan kita berkurangan, sejak 2010, ia meningkat setiap tahun. Sarawak sebagai contoh meningkat hampir 18 peratus,”ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Hutan Antarabangsa peringkat Kebangsaan 2017 dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa di Hutan Simpan Kuala Kemaman, Bakau Tinggi di sini hari ini.


Yang hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azizan Ahmad dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.


Juga Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung, Datuk Nor Akhiruddin Mahmud; Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid; Pengarah Hutan Sarawak, Sapuan Ahmad dan Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan.


Di samping itu, beliau memberitahu, pengurusan hutan di Terengganu merupakan yang terbaik di Semenanjung dengan inisiatif tersendiri turut dilakukan oleh pentadbiran negeri hasil dokongan kuat politik.


Selain aspek pengutkuasaan, pemberian lesen pembalakan diberikan secara besar-besaran tetapi dalam satu kelompok kawasan agar tidak bercelaru dan mudah dipantau.


Katanya, di samping itu ia megangambil langkah mesra alam termasuk dengan hanya menetapkan pembukaan hanya jalan besar ke tapak pembalakan bagi mengurangkan pembersihan kawasan.


Menurut beliau, langkah itu dapat memastikan sumber alam dapat terus terkawal, dan HSK dapat terus dikembangkan dan terpelihara selain memberi pulangan ekonomi.


Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu, sejumlah 544,936 hektar atau 42 peratus daripada keluasan tanah negeri diwartakan sebagai kawasan HSK.


“Keluasan HSK itu meliputi Hutan Simpan Paya Laut seluas 1,037 hektar,” ujarnya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastrukur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir. Rosli Othman.


Katanya, kerajaan negeri komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan menerusi pelaksanaan program-program pembangunan untuk memastikan kawasan hutan terus terpelihara bagi pengeluaran hasil dan perkhidmatan secara berkekalan. 


“Tahun ini, kita telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.89 juta melalui Peruntukan Pembangunan Negeri (P29) dan Peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) bagi membiayai program tersebut.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain