Malah katanya, hampir 60 peratus kes jenayah berlaku dalam negara berpunca daripada dadah.

 "Masalah terbesar negara dalam menangani ancaman jenayah dan salah laku dalam kalangan murid adalah masalah terdedah kepada penyalahgunaan dadah," katanya selepas merasmikan program Mesej Dari Penjara Peringkat Timur di Penjara Bentong di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penjara, Datuk Jamaludin Saad.

Sebanyak 500 pelajar dari sekolah-sekolah menengah Parlimen Bentong menyertai Bengkel We Care yang memberi pendedahan dan iktibar daripada melakukan perbuatan jenayah, disiplin, rasuah dan pecah amanah. - UTUSAN ONLINE