Video oleh YATIMIN ABDULLAH

Muhammad Rudy Che Romli, 24, berkata, dia sama sekali tidak menyangka menu itu berjaya menepati citarasa orang ramai.

Menurutnya, apa yang mengejutkan menu itu tular di media sosial sebaik sahaja dimuat naik gambar hidangan tersebut menyebabkan dia dan Ahmad Firdaus Abdullah ,22, tidak menang tangan.

"Peringkat awalnya saya hanya menjual burger biasa sahaja, sehinggalah satu hari seorang pelanggan yang merupakan kaki pancing meminta supaya memasak udang galah yang dikail dan dijadikan sebagai burger.

"Apa yang mengejutkan pelanggan itu memberikan respon positif dan dari situlah saya menjadikan menu itu sebagai hidangan tetap," katanya ketika ditemui di Kampung Kelar.

Muhammad Rudy memberitahu, disebabkan sambutan menggalakkan dia mendapat ilham untuk menghasilkan burger sotong.

Katanya, burger udang galah dijual dengan harga RM8 manakala sotong RM6. - UTUSAN ONLINE