Video oleh IZZAZ NUR AQMAR AHMAD AZHAR

Majlis pelancaran koleksi buku hasil karya Maslina Md Nor disempurnakan oleh pelukis catan dan kartun negara, Jaafar Taib.

Maslina guru di Sekolah Menengah Yoke Kuan, Sekincan Selangor ketika ditemui memberitahu, penghasilan buku tersebut bertujuan menyemai cinta golongan kanak-kanak terhadap cerita-cerita rakyat khususnya membabitkan puteri-puteri tempatan.

“Unsur budaya adalah faktor utama yang diterapkan dalam penghasilan buku cerita ini. Diharap usaha ini dapat menyegarkan kembali watak puteri-puteri tempatan yang kian dilupakan generasi muda,” katanya.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas dan Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa).

Pada majlis itu tetamu turut dihiburkan persembahan nyanyian oleh artis jemputan, Mawi.


Buku tersebut dijual pada harga RM16.90 sebuah dan boleh dibeli di kedai buku di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE