Video oleh OMAR ZIN

Menurut beliau, buku tersebut bukan sahaja mengandungi rahsia kejayaannya malah perkongsian tentang pengalaman pahit dan manis sepanjang bergelar usahawan khususnya kepada mereka yang mahu mengikuti jejaknya.

“Buku ini menceritakan rahsia saya dari dahulu sampai sekarang selama 16 tahun membina empayar, segalanya boleh dijadikan panduan sama ada untuk memulakan perniagaan atau ingin lebih berjaya. Semua ini supaya usahawan di luar sana tidak menghabiskan wang begitu sahaja.

“Selalunya kalau nak berjaya ia tidak percuma dan sering diuji dengan pelbagai ujian. Saya te­lah melalui pelbagai ujian. Saya harap buku ini dapat membantu selain atas berkat doa juga semuanya boleh berubah, jadi dapatkan buku ini dengan segera,” katanya.

Buku tulisan Zinitulniza Abdul Kadir setebal 157 halaman itu dilancarkan oleh Timbalan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zamshari Shahadan. Yang turut hadir, Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Budiman Mohd. Zohdi dan Pengarah Urusan ITBM, Khair Ngadiron.

Dalam pada itu, Khair menyifatkan pelancaran buku tersebut sebagai pilihan tepat berikutan Datuk Seri Vida menampilkan sisi watak yang berbeza berbanding yang ditonjolkan selama ini.

“Ramai yang mengata macam-macam tetapi ITBM memilih Datuk Seri Vida kerana beliau lain daripada yang lain dan sangat unik, itulah kekuatan yang ada pada dirinya. Buku seperti inilah yang harus dihasilkan oleh ITBM dan beliau setuju untuk melancarkannya,” katanya.

Dijual pada harga RM68 senaskhah, I Am Me: Rahsia Niaga DS Vida bakal berada di pasaran dalam masa dua minggu lagi. MINGGUAN