Ia merupakan penerbangan pertunjukkan bagi kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles yang sebelum ini turut menyertai pertunjukan udara di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ‘17) yang berakhir 25 Mac lepas.

Terbang lintas yang bermula pukul 10.45 pagi turut menarik perhatian pelancong asing dan warga kota yang sama-sama menyaksikan pertunjukan berkenaan.

Pesawat itu kelihatan berlegar-legar dalam formasi menarik dan sesekali mengeluarkan asap yang menyebabkan orang ramai teruja. - UTUSAN ONLINE


Video oleh ABD. RAZAK LATIF