Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

mekah

MEKAH 12 Mei - Timbalan Ketua Imam Masjidilharam, Sheikh Saleh Al Talib berkata, umat Islam seluruh dunia bertanggungjawab untuk mempertahankan kota Mekah daripada sebarang ancaman kerana ia merupakan jantung Islam.

 Katanya, semua orang Islam mempunyai hubungan dengan kota Mekah dan apa yang mereka lakukan bagi mempertahankannya adalah satu jihad.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan peserta-peserta Program Umrah anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi, di sini, malam tadi.

Tegas beliau, umat Islam perlu mengenang semula bagaimana Rasulullah SAW menghadapi pelbagai cabaran dalam mengembangkan Islam di Mekah sehingga baginda diusir.

Bagi tujuan itu kata Sheikh Saleh, perbezaan mazhab antara umat Islam tidak boleh dijadikan benteng penghalang untuk mereka bersatu.

"Jika terdapat sebarang percanggahan pandangan berkaitan Islam mereka perlu kembali merujuk kepada al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas.

"Ini memandangkan dalam keadaan apa pun, umat Islam menyembah Allah yang satu, berpegang kepada al-Quran dan mengikut ajaran Rasulullah SAW," katanya yang juga merupakan Hakim Mahkamah Agung Mekah. - UTUSAN ONLINE


Video oleh ZULKIFLEE BAKAR

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain