Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Berakit Merdeka di Sungai Terengganu

RAKIT
AKSI para peserta dalam program Berakit Merdeka di Sungai Terengganu hari ini. - UTUSAN

KUALA TERENGGANU 14 Sept. -Berakit Merdeka berlangsung di Sungai Terengganu di sini hari ini yang merupakan satu lagi program bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan mempelbagaikan corak kegiatan.

Penganjurnya melihat rakit sebagai simbol sejarah penghidupan sukar masa lalu yang dijadikan alat pengangkutan sungai, malah suatu alat permainan yang meriangkan.

Program dalam bentuk perlumbaan sejauh lebih empat kilometer di samping pertandingan hiasan rakit dengan Jalur Gemilang itu menarik penglibatan pelbagai lapisan masyarakat.

Sebanyak 350 peserta mngambil bahagian dalam pertandingan secara berpasukan dengan 30 buah rakit bermula dari Jeti Muzium Negeri hingga ke Pulau Warisan di muara.

Pelepasan disempurnakan oleh Pengarah Muzium Negeri, Yusof Abdullah manakala hadiah kepada para pememang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud.

Ketegori jabatan dimenangi oleh pasukan Majlis Daerah Hulu Terengganu manakala Pejabat Daerah Kemaman di tempat kedua dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tenpatan) di tempat ketiga.

Dalam kategori badan bukan kerajaan, johan disandang oleh pasukan Mix Ibai, diikuti Mix Marang (kedua) dan KRT Pulau Sekati (ketiga) dengan kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM600 dan RM500.

Pejabat Daerah dan Tanah Dungun pula memenangi pertandingan rakit berhias dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 sementara pasukan Trakister di tempat kedua (RM600) dan ketiga, Majlis Daerah Besut (RM400).

Program julung kali digerakkan oleh Jawatankuasa Kecil Promosi dan Program Bulan Kebangsaan dengan kerjasama Unit Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri serta Kelab Kecergasan Warisan Negeri. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain