Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan ralaman cuaca hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir mungkin berlaku di kesemua negeri tersebut dalam tempoh tiga bulan ini.

Justeru, beliau meminta semua pihak terutama penduduk di kawasan berisiko serta agensi-agensi terlibat bersiap siaga sepenuhnya.

“Tadi saya bertemu dengan mangsa banjir, mereka memberitahu keadaan tidak menentu sehari di sini (pusat pemindahan) selepas balik ke rumah dan datang balik ke sini.

“Apa yang kita ramalkan hujan dan paras air tidak menentu bermula dari Disember seperti biasa tetapi bermula Januari sehingga Mac dan ia bukan sahaja melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang tetapi juga mungkin berlaku di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam lawatan tersebut, beliau yang tiba kira-kira pukul 1.50 petang turut meluangkan masa bertemu dengan mangsa banjir dan bertanya khabar mengenai keadaan mereka.

Di pusat pemindahan tersebut terdapat sebanyak 196 mangsa banjir yang dipindahkan pada tengah hari semalam. - UTUSAN ONLINE