Namun di Malaysia, kopi jenis arabica dan robusta paling mendapat sambutan dengan kopi arabica mempunyai kandungan kafein yang paling rendah.

Pengurus pembangunan produk, Kopi Dagang Resources (M) Sdn. Bhd., Mohd Sharifuddin berkata, kopi yang berkualiti dijadikan minuman bukan sahaja di Malaysia namun di serata dunia.

“Kopi perlukan inovasi dari segi bahan tambahan selain gula dan susu untuk bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa yang popular.

“Bagi kami, cara pembungkusan juga memainkan peranan seperti kopi Mosha di bawah syarikat kami yang menyokong memelihara bumi dengan menggunakan pembungkusan kotak yang lebih mudah dilupuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Festival Kopi Malaysia yang berlangsung mulai hari ini sehingga Ahad, dari pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Pemasaran, The Morning After, Billy Chuah berkata, inilah masanya yang sesuai bagi mereka yang tidak gemarkan kopi, untuk mencuba rasa minuman kopi.

“Kebanyakan pengunjung yang hadir di Festival Kopi Malaysia hari ini merupakan penggemar kopi.

“Namun ada juga yang tidak sukakan minuman kopi tetapi apabila mereka merasa kopi yang ada di gerai pameran kami, mereka boleh terima rasa minuman kopi,” katanya.

Festival Kopi Malaysia mempamerkan 96 jenama kopi antarabangsa dan tempatan termasuk Starbucks, Spetta, JWC dan banyak lagi. - UTUSAN ONLINE