Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga kini terdapat 3,500 buah koperasi yang berdaftar dengan LHDN tetapi hanya 200 sahaja dikenakan cukai pendapatan.

Beliau berkata, bantuan tersebut diberikan koperasi selepas pihaknya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama LHDN pada November tahun lalu bagi meningkatkan kesedaran mengenai percukaian dalam kalangan koperasi.

“Jadi, kita seru koperasi supaya tidak perlu takut untuk berdaftar dengan LHDN kerana ini tidak bermakna mereka akan dikenakan cukai pendapatan disebabkan ada banyak syarat bagi cukai dikenakan.

PRESIDEN Angkasa ,Datuk Abdul Fattah Abdullah(tiga kanan) melawat pameran selepas Persidangan Angkas

PRESIDEN Angkasa ,Datuk Abdul Fattah Abdullah(tiga kanan) melawat pameran selepas Persidangan Angkasa Negeri Kelantan dan Penyerahan Laman Angkasa Kepada Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad di Hotel Grand Riverview,  di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ NURAIKHA SHARIPUL BAHARI

“Jika koperasi tidak mencapai tempoh operasi selama lima tahun, dan pendapatan di bawah RM750,000 tidak akan dikenakan cukai oleh LHDN,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Angkasa Negeri Kelantan dan Penyerahan Laman Angkasa Kepada Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail serta 500 wakil koperasi dari seluruh negeri ini. - UTUSAN ONLNE