“Saya nafikan kejadian tembak berkenaan (kejadian sebenar), jadi orang awam tidak perlu bimbang dengan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Video berdurasi satu minit lapan saat itu memaparkan satu kejadian tembak menembak sepasukan anggota polis dengan beberapa penjenayah selain turut memuatkan sekeping gambar dua orang mangsa yang berlumuran darah dan terbaring di atas jalan dipercayai mati akibat tembakan. - BERNAMA