Mereka yang datang diiringi Kui Hian disambut isterinya, Datin Enn Ong dan keluarga serta Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing.

Ahmad Zahid dan Hamidah yang tiba pada pukul 11.50 pagi meluangkan masa bersembang dan menikmati makan tengah hari sebelum berangkat pulang ke ibu negara.

Yang turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Juma’ani Tunku Bujang dan Timbalan Konsul Jeneral China di Kuching, Zhang Yang. - UTUSAN ONLINE

Video oleh MD AZRIN ROSLY