Beliau yang tiba kira-kira pukul 11 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman.

“Dia sedar... dia tahu saya datang dan hari ini merupakan hari yang baik apabila Adib buat pertama kali menunjukkan isyarat ‘bagus’ menggunakan jarinya,” ujarnya sejurus selepas menziarah Muhammad Adib.

Sementara itu, Rosmah berkata sebagai seorang ibu beliau faham perasaan ibu Muhammad Adib.

“Saya berdoa semoga Adib semakin pulih dan sempat melangsungkan perkahwinannya seperti yang sudah dirancang,” katanya.

Najib dan Rosmah meluangkan masa selama lebih setengah jam menziarahi Muhammad Adib di samping memberikan sumbangan kepada keluarga anggota bomba tersebut. - UTUSAN ONLINE