Guru Besar SK Putrajaya Presint 11 (2), Nor Aizah Ismail berkata, beliau dan bersama barisan guru lain mengambil pendekatan unik tersebut bagi membangkitkan suasana ceria dan seronok kepada murid-murid.

“Kami telah laksanakan inisiatif ini sejak dua tahun lalu dan sekali lagi dilakukan semula pada hari ini demi meraikan kehadiran ‘anak-anak’ baharu kami.

“Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan apabila banyak murid-murid amat ceria dan teruja dengan pakaian kreatif guru-guru mereka,” katanya ketika ditemui hari ini. - UTUSAN ONLINE