Daripada jumlah tersebut, seramai 48,848 adalah calon sekolah kerajaan, 742 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah agama kerajaan negeri (99), sekolah swasta (4,144) dan calon persendirian (1,840). 

Jabatan Pendidikan negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Johor Bahru mencatatkan jumlah paling ramai, iaitu 11,128 orang, diikuti Pasir Gudang (9,497 calon), Batu Pahat (6,895 calon) dan Kulai (5,470 calon).

Bagi melancarkan perjalanan peperiksaan itu ,sebanyak 378 pusat peperiksaan dibuka dengan melibatkan 3,787 petugas, iaitu 129 penyelia kawasan, 378 ketua pengawas dan 3,280 pengawas peperiksaan.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan, Jabatan Pendidikan turut melantik 24 ketua pengawas yang akan bertugas di 24 buah hospital kerajaan dan swasta di negeri  ini. - UTUSAN ONLINE