Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, jumlah tersebut masih kecil memandangkan terdapat 6,300 buah masjid di seluruh negara.

Beliau berkata, kebanyakan koperasi di masjid menjalankan perniagaan barangan runcit, katering dan taska yang memberi manfaat kepada ahli di kariah di kawasan masing-masing.

“Hasrat kita kalau boleh semua masjid mempunyai koperasi kerana ia boleh dijadikan platform untuk meningkatkan ekonom masyarakat Islam setempat. Ini bertepatan dengan konsep yang menekankan supaya orang Islam bergerak secara jemaah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Dewan Makan Infaq Lil Wakaf Angkasa di Kompleks Pengajian Anak yatim dan Warga Emas Darul Widad, Linggi di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Presiden Angkasa, Datuk Mohamad Ali Hassan dan Pengerusi kompleks tersebut, Abdul Rahim Maamor. - UTUSAN ONLINE

Video oleh HARADIAN SHAH HAMDAN