Perjanjian itu dimeterai oleh KKPA cawangan Utusan Melayu dengan pihak majikan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Utusan Melayu (M) Bhd., Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Pengurus Besar Sumber Manusia, Mohd. Nazlan Osman di Dewan Latihan Utusan Melayu (M), di sini.

Kesatuan pula diwakili oleh Presiden KKPA Pusat, Rahim Omar; Setiausaha Eksekutif KKPA Pusat, Mohd. Shah Daniel; Pengerusi KKPA cawangan Utusan Melayu, Shamsul Ismail; Setiausaha cawangan Utusan Melayu, Sharan Husin dan Bendahari cawangan Utusan Melayu, Marzlan Mohamed.

Antara perjanjian bersama lain adalah tambahan sebanyak RM5 di dalam kenaikan tahunan bagi setiap julat gaji, tambahan 50 sen bagi elaun kerja malam syif pertama, kedua dan elaun makan.

Selain itu tambahan RM20 subsidi cermin mata bagi kali pertama, kedua dan seterusnya.

Sementara itu, Mohd. Noordin berkata, biarpun syarikat sedang berdepan dengan fasa yang sukar, namun rundingan yang dilakukan antara pihak syarikat dan kesatuan akhirnya mencapai satu kata sepakat yang memberi manfaat kepada pekerja.

"Ini merupakan satu manifestasi yang dijalankan secara telus, jujur dan amanah antara syarikat dan kesatuan," ujarnya. 

Dalam pada itu, Shamsul berkata, pihaknya bersyukur dengan perjanjian bersama itu dan berharap ia dapat membantu menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

"Kami juga berharap semoga hubungan harmoni sedia ada ini akan berterusan di masa-masa akan datang demi kepentingan syarikat - UTUSAN ONLINE