Mereka merupakan antara 271 pasangan di seluruh negeri yang melangkah ke fasa baru kehidupan melalui program berkenaan.


Majlis anjuran kerajaan negeri dan dikelolakan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan itu berlangsung di Masjid Sultanah Nur Zahirah di sini.

Yang hadir sama meraikan kesemua pasangan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang serta Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pembangunan Keluarga) YPKT, Abdul Ghaffar Mamat.

Program itu antara lain bagi membantu serta memudahkan pasangan di negeri ini mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos meraikan perkahwinan yang semakin meningkat.-UTUSAN ONLINE