Video oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN

Buku-buku berjudul Inspirasi Roket, Inspirasi Alam dan Inspirasi Haiwan itu mengan­dungi lapan modul origami dalam setiap satu sesuai untuk kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 12 tahun.

Pengarang buku tersebut, Basari Mat Yasit berkata, de­ngan origami, kanak-kanak dapat mempelajari seni lipatan kertas selain mampu mengurangkan sifat kasar yang ada dalam diri mereka.

“Kanak-kanak akan lebih fokus dalam setiap perkara yang dilakukan termasuklah ketika belajar kerana bermain origami itu sendiri memerlukan tahap fokus yang tinggi dalam proses menghasilkannya.

“Apabila kanak-kanak kerap bermain origami, pemikiran logik mereka akan berkembang,” katanya ketika ditemui dalam majlis penyampaian hadiah pertandingan origami anjuran UKSB di sini, hari ini.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan origami, Muhammad Khairul Darwish Khairul Hakimin, 11.

Yang turut hadir ialah Pengurus Kanan Operasi UKSB, Azlan Abdul Aziz.

Satu set (tiga buku origami) dijual pada harga RM10 manakala pembelian secara berasingan pula berharga RM4 setiap satu.