Lebih menarik, syarikat Melaka Wonderland Sdn. Bhd., turut berbesar hati memberi hadiah tambahan berupa tiket masuk ke Taman Tema Melaka Wonderland kepada setiap pemenang.

Selain itu, 26 lagi video turut terpilih sebagai pemenang hadiah sagu hati berbentuk akaun langganan Akhbar Digital Utusan selama setahun, tiket masuk ke Taman Tema Melaka Wonderland dan sijil penghargaan.

Menurut Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah, pertandingan yang dianjurkan selama setahun bermula Januari sehingga Disember tahun lepas itu berjaya mencetuskan mekanisme pertandingan baharu untuk dianjurkan dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan (SMK).

Katanya, pertandingan tersebut berkemungkinan besar boleh diperluaskan ke peringkat lebih tinggi dengan tambahan kategori serta beberapa penambahbaikan pada masa akan datang.

“#muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online ini telah berjaya mendapat tempat dalam kalangan murid dan guru walaupun pada permulaannya jumlah penyertaan peserta agak perlahan.

“Atas persetujuan pihak penganjur, Orando Holdings Sdn. Bhd., dan perbincangan dengan wakil Kementerian Pendidikan, kami sepakat untuk meneruskan pertandingan #muhibah untuk setahun lagi,” katanya ketika berucap dalam perasmian majlis penyampaian Hadiah pertandingan Video Pendek #muhibah di Dewan Utusan, Ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Orando Holdings, Datuk Dr. Eng Wei Chun; aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye dan Penolong Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BTP), Shaharizan Ibrahim.

Berikut merupakan senarai tajuk video dan pemenang utama #muhibah:

1. Kesuma Muhibah (SMK Bandar Tasik Kesuma)

2. Sekolahku Muhibah (SMK Taman Seraya)

3. Air (SMK Bukit Pasir)

4. Erti Muhibah (SMK Seri Bintang Utara)

5. Kita Semuanya Sama (SMK Muara Tuang)

6. Perpaduan (SMK St. Marry)

7. Mencari Kemerdekaan (SMK Seksyen 7 Shah Alam)

8. Buat Nakal Jangan Sesekali (SMK Bandar Banting)

9. Pondok Muhibah (SMK Sungai Besi)

10. Indahnya Persahabatan (SMK Bandar T6)

11. Kita Orang Malaysia (SMK Kepong)

12. Tarian Perpaduan Bangsaku (SMK Sungai Besi)

13. Bermalam Di Muzium Diraja Kuala Lumpur ( SMK Sungai Besi)

14, Tandas Tanggungjawab Bersama (SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)

15. Muhibah Dalam Persahabatan (SMK Bandar Tasik Puteri)

16. Seronoknya Kemerdekaan (SMK Bandar T6)

17. Malas Ke, Bodoh Ke? (SMK Convent Batu Pahat)

18. Sahabat Muhibah (SMK Bandar Tasik Selatan)

19. Cerita Si Cerdik (SMK Sinar Bintang)

20. Air Mata Sahabat (SMK Tanjong Puteri)

21. Sahabat (SMK Banting)

- UTUSAN ONLINE