Turut serta dalam acara anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) ini ialah kakitangan jabatan-jabatan kerajaan bersama dengan anggaran lebih 200,000 lagi umat Islam di pelbagai lokasi di seluruh negeri ini.

Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed berkata, kesemua pelajar itu daripada 12 buah sekolah antaranya Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin Ladang, SM Imtiaz Kuala Terengganu dan SM Imtiaz Kuala Nerus.

Katanya, program dimulakan dengan ceramah agama oleh Imam Masjid Abidin, Wan Mohd. Hazim Wan Mohd. Hashim diikuti alunan bacaan doa sebelum kesemua mereka membaca bahagian ayat-ayat Al-quran bagi membolehkan kitab suci berkenaan dikhatam dalam tempoh sejam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat.

World #QuranHour merupakan sebuah kempen yang menggalakkan seluruh dunia bergabung selama sejam untuk membaca dan berinteraksi dengan al-Quran sebagai permulaan umat ke arah kerangka fikir al-Quran dan akhlak Muslim yang sejati.

Program sama turut diadakan di Hotel Permai di sini di samping Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT), SMK Sura, Penjara Marang, surau Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan seluruh perpustakaan daerah serta beberapa lagi institusi lain.

Pada penganjuran tahun lalu, Terengganu mencatatkan penyertaan seramai 284,000 dalam World #QuranHour yang merupakan tertinggi di Malaysia.- UTUSAN ONLINE