Video oleh AZLAN BAHRUM

Mereka merupakan sebahagian daripada kesemua 4,288 warga pendidik melibatkan 45 buah sekolah menerima peranti berkenaan yang turut mengandungi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia dalam pengagihan secara berperingkat.

Majlis Penyerahan Tablet KPM Fasa 5 2018 Daerah Kuala Terengganu itu disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan negeri, Wan Asiah Wan Abdul Majid; Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong; Pegawai Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Rozalina Mokhtar dan Ketua Edaran Tablet Utusan Melayu (M) Bhd., Faridah Hashim.

Mohd. Sabri dalam ucapannya berharap guru-guru yang menerima tablet yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan  sebagai salah satu bentuk penghargaan itu agar dapat memanfaatkan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Jelani pula dalam ucapannya berkata pemberian itu menggambarkan keprihatian kerajaan bagi membantu mempermudahkan lagi urusan guru dalam meningkatkan kualiti pendidikan.

"Kita berterima kasih kepada kementerian menerusi inisiatif Utusan Malaysia mengagihkan tablet ini. Sebelum ini pun guru-guru menerima telefon pintar Yes bagi tujuan yang sama," jelasnya. - UTUSAN ONLINE