Video oleh AZLAN BAHRUM

Mereka merupakan sebahagian daripada 4,288 warga pendidik melibatkan 45 sekolah yang menerima peranti berkenaan yang mengandungi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia dalam pengagihan secara berpe­ringkat.

Majlis Penyerahan Tablet Kementerian Pendidikan Fasa 5/2018 Daerah Kuala Terengganu itu di­sempurnakan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ladang, Datuk Mohd. Sabri Alwi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Yang turut hadir Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan negeri, Wan Asiah Wan Abdul Majid; Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong; Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Rozalina Mokhtar dan Ketua Edaran Tablet Utusan Melayu (M) Berhad, Faridah Hashim.

Mohd. Sabri dalam ucapannya berharap guru-guru yang me­nerima tablet yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai salah satu bentuk penghargaan itu dapat memanfaatkan peralatan tersebut sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu Jelani berkata, pemberian tersebut menggambarkan keprihatinan kerajaan bagi membantu mempermudahkan lagi urusan guru dalam me­ningkatkan kualiti pendidikan.

“Kita berterima kasih kepada kementerian menerusi inisiatif Utusan Malaysia mengagihkan tablet ini. Sebelum ini pun guru-guru menerima telefon pintar Yes bagi tujuan sama,” jelasnya.