Perhimpunan yang diketuai oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz diadakan sejurus selepas solat Isyak dan hajat bagi memohon keselamatan rakyat Palestin daripada ancaman rejim Zionis.

Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Wan Hanafi Wan Yaacob; Ketua Pemuda Rosidi Mahamud Kamaruddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail serta barisan kepemimpinan bahagian tersebut.

Pada majlis tersebut mereka turut membakar dan memijak bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman negara berkenaan terhadap Palestin selama ini.

Mohd. Rosdi berkata, ini merupakan bentuk penzahiran solidariti untuk umat Islam Palestin yang sudah sekian lama ditindas oleh rejim Zionis.

Menurutnya, sokongan terhadap perjuangan umat Islam Palestin perlu terus disemarakan dan tidak hanya dilakukan secara bermusim.

"Baitulmuqaddis merupakan masjid ketiga paling penting gene­rasi umat Islam. Namun, tindakan Trump itu nampaknya semakin rakus ingin merampas Baitulmuqaddis sebagai hak Palestin.

"Jadi saya rasa ini bentuk perpa­duan kita sebagai umat Islam untuk membela Palestin," katanya. - UTUSAN ONLINE