Video oleh FAUZI SUHAIMI

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, inisiatif tersebut bertujuan membantu golongan belia luar bandar yang mempunyai kemahiran menjalankan perniagaan atau perkhidmatan dengan modal yang rendah tanpa perlu membuka atau menyewa premis.

Menurutnya, program tersebut berasaskan konsep perkhidmatan secara bergerak selari dengan usaha membantu golongan belia bagi meningkatkan taraf hidup melalui bidang keusahawanan.

"Program ini dilaksanakan melalui pemberian pakej keusahawanan kepada peserta melibatkan 16 kawasan Parlimen pada peringkat pertama termasuk di Batu Sapi, Beluran dan Tawau.

"Sokongan ini juga diharap dapat melahirkan lebih ramai golongan muda yang bergiat dalam bidang keusahawanan sekali gua menjadi batu lonjatan kepada peserta untuk meluaskan perniagaan dan membangunkan ekonomi setempat," katanya, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin. - UTUSAN ONLINE