Video oleh MOHD. NAIM AZIZ

Sistem pengangkutan termoden dan efisien memberikan nilai tambah kepada 1.2 juta penduduk di sepanjang jajaran laluan tren berkenaan.

MRT rapatkan jarak
MRT kini merapatkan jurang antara penduduk di kawasan Lembah Klang dengan ibu kota Kuala Lumpur. 

Laluan sepanjang 51 kilometer bermula dari stesen Sungai Buloh hingga Kajang hanya mengambil masa perjalanan 84 minit.

Terdapat laluan bawah tanah sepanjang 9.5 km menghubungkan tujuh stesen dari Muzium Negara hingga ke Maluri.

Parkir di stesen MRT
KAWASAN parkir berbumbung turut disediakan kepada pengguna MRT bagi memastikan akses ke stesen menjadi lebih mudah.

Perkhidmatan 112 bas perantara yang menghubungkan 49 buah stesen mendekatkan pengguna dengan laluan berkenaan.

Bas perantara tersebut hanya mengenakan tambang sebanyak RM 1 sahaja.

PERKHIDMATAN bas pengantara memudahkan pengguna untuk ke stesen MRT berhampiran. - UTUSAN
PERKHIDMATAN bas pengantara memudahkan pengguna untuk ke stesen MRT berhampiran.

Laluan perhubungan berinterigasi untuk perkhidmatan KTM Komuter dan KTM ETS terdapat di Sungai Buloh dan Kajang.

Selain itu stesen MRT di Muzium Negara dihubungkan dengan terminal KL Sentral yang menawarkan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya.

Selain itu, terminal KL Sentral turut menyediakan perkhidmatan KTM Komuter dan Aliran Transit Ringan (LRT) serta laluan Monorel dalam bandar, serta ke Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS).

Peningkatan ekonomi berganda dengan pertambahan jumlah pelanggan yang berkunjung ke pusat beli- belah khususnya pada hujung minggu.

MRT jadi pilihan
MRT kini menjadi pilihan orang ramai untuk ke tempat kerja dan bersiar-siar pada hujung minggu. 

Antaranya gedung Ikea yang berhampiran stesen Mutiara Damansara dan stesen MRT Chocrane.

Ekonomi peniaga gerai makan juga turut merasa tempiasnya semenjak operasi MRT bermula Julai lalu.

RUANG dalaman yang luas yang mampu membawa lebih seribu penumpang pada satu-satu masa.
RUANG dalaman yang luas yang mampu membawa  lebih seribu penumpang pada satu-satu masa.

Bagi yang masih belum menggunakan perkhidmatan MRT ini adalah masa terbaik merancang perjalanan anda dengan pengalaman baharu meneroka bandar-bandar besar.

Dengan sistem operasi terkini pengangkutan masa hadapan tanpa memikirkan kesesakan terutamanya dalam waktu puncak. - UTUSAN ONLINE