Antara negara yang terlibat dalam pameran itu termasuklah, Kemboja, Hong Kong, Itali, India dan Jepun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Elite Ekspo Sdn Bhd, Johnson Lim, sokongan yang berterusan daripada pelbagai pihak telah berjaya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagi standard pemangkin pemerdagangan barang kemas global.

Malah turut mempromosikan negara sebagai hab venue mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) yang terbaik di mata dunia.

“MIJF SE 2019 merupakan syurga barang kemas bertaraf dunia yang pastinya akan memberi layanan mewah kepada semua pengunjung supaya dapat menikmati suasana mewah dengan barang kemas yang unik dan istemewa,” ujarnya.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini berkenan merasmikan Majlis MIJF 2019 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC).

Menurut Johson, pengunjung bertuah bakal memenangi sepasang subang delima yang berharga lebih RM 10,000 menerusi aktiviti ‘belanja dan menang’.

“Bagi mereka yang berbelanja lebih RM10,000 mereka secara automatik berpeluang untuk menyertai program VIP kami yang berpeluang mendapat satu kotak perhiasan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE