Ketua Eksekutif Melaka Wonderland, Seow Cheng Swee berkata, pemberian tiket percuma itu memberi peluang kepada orang ramai untuk melancong ke Melaka dan mereka dapat meluangkan masa di Melaka Wonderland.

“Kami ingin orang ramai berseronok di Melaka Wonderland dan menyertai beberapa aktiviti menarik yang kami sediakan untuk pengunjung.

“Semasa Cuti-Cuti Riuh Sakan itu kami akan adakan pertadinngan mewarna untuk kanak-kanak dan beberapa artis tempatan akan hadir untuk membuat mini konsert pada 13 Oktober nanti,” ujarnya semasa majlis penyampaian replika tajaan Cuti-Cuti Riuh Sakan, di sini hari ini.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan sembilan hari tujuh malam ke Turki tajaan selamatbercuti.com.

Menurut Pengarah Urusan Selamatbercuti.com, Syazwan Zainini, hadiah yang bernilai RM11,000 itu akan memberikan kenangan terindah kepada mereka yang bertuah.

“Kami ingin memperkenalkan dan memberi peluang kepada orang ramai untuk bersama kami meneroka keindahan Turki. Daripada cabutan bertuah itu, dua pemenang akan dipilih untuk pergi ke Turki,” katanya,

Orang ramai boleh menebus tiket ke Melaka Wonderland dengan mengumpul empat kepala akhbar Utusan Malaysia untuk dua keping tiket bermula 1 hingga 3 Oktober di biro-biro Utusan yang terletak di Kuala Lumpur, Kuantan, Johor Bahru dan Seremban. - UTUSAN ONLINE