Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) , Zahirudin Mohammad Hanif berkata, terdapat caruman berjumlah RM13.58 juta tidak dituntut para pencarum tersebut yang berkhidmat sebagai guru sejak tahun 1950.

“Pelbagai usaha telah diambil bagi menjejaki pencarum berkenaan termasuk mengiklankan di akhbar utama seperti Utusan Malaysia, namun hanya segelintir dalam kalangan mereka berbuat demikian.

“Sehubungan itu, kami gesa para pencarum KWSG atau waris mereka untuk menghubungi atau ke pejabat YGTHO untuk membuat urusan tuntutan dengan segera,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Zahirudin, mereka boleh menghubungi di talian 0322746037 atau pergi pejabat YGTHO beralamat di tingkat 13, Wisma KWSG, Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE