Pengerusi Pentadbiran dan Kewangan SRIDA, Syed Salehhudin Syed Osman berkata, pihaknya turut dengan menggunakan cap jari kiri bagi menyempurnakan penghasilan Jalur Gemilang dalam usaha menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid.

Katanya, diharapkan penglibatan mereka dalam penghasilan Jalur Gemilang tersebut dapat memupuk perasaan cinta kepada negara sekaligus berusaha mempertahankan kemerdekaan negara yang dikecapi sejak 60 tahun lalu.

“Menyempurkan Jalur Gemilang dengan menggunakan cap ibu jari kira-kira 1,500 murid dan 100 guru dan kakitangan SRIDA ini adalah kelainan yang cuba ditonjolkan dalam sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

“Dengan kos RM100, kita menempah Jalur Gemilang berukuran tiga meter panjang dan enam meter lebar sebelum murid dan warga sekolah yang lain berjaya menyempurnakan jalur dengan cap jari dalam masa empat hari,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat SRIDA di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE