Pari pemerintah sebelum ini mendakwa pilihan raya akan diadakan pada penghujung April dengan Maduro masih kekal sebagai calon di sebalik faktor kurang popular pemimpin itu dan krisis ekonomi yang membelenggu negara yang kaya dengan minyak itu.

Semasa rundingan antara kedua-dua pihak yang diadakan di Republik Dominika melobi supaya pilihan raya diadakan lewat tahun ini bagi memberikan mereka masa mencukupi memilih calon sesuai selepas dua pemimpin utama mereka dilarang daripada bertanding. - REUTERS