Pandangan itu disuarakan oleh Wakil Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Marianne Clark-Hattingh.

“Tumpuan utama adalah usaha kerajaan untuk melaksanakan pemberian suntikan ini kepada kanak-kanak dan bukan melalui penguatkuasaan undang-undang terhadap ibu bapa.

“Pengalaman Unicef ​​menunjukkan bahawa tidak banyak bukti penguatkuasaan undang-undang mampu meningkatkan liputan pemvaksinan,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik daripada laporan The Star Online hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan untuk menubuhkan pasukan mengkaji cadangan mewajibkan suntikan vaksinasi terhadap kanak-kanak. - UTUSAN ONLINE